Tuesday, May 13, 2014

Solat sunat selepas asar

Solat sunat selepas asar
Bolehkah menunaikan solat sunat hajat selepas asar?

Jawapan : tidak boleh ditunaikan solat sunat hajat selepas asar kerana ia waktu terlarang menunaikan sebahagian solat sunat termasuk solat sunat hajat. Sekiranya bersolat juga, ia tidak sah kerana hukumnya haram.

Antara kesilapan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat adalah dengan menunaikan solat hajat selepas solat asar.


Hal ini bercanggah dengan larangan dalam hadis yang mana Nabi melarang menunaikan solat (sunat) selepas asar sehingga terbenam matahari, dan solat (sunat) selepas solat Subuh sehingga naik matahari (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Petikan dari Majalah Solusi buat Muslim.

No comments:

Post a Comment