Tuesday, May 13, 2014

Doa Haikal

Doa Haikal adalah satu doa yang saya sendiri tidak pernah tahu selama ini tetapi setelah mengikis bait-bait Majalah Solusi Isu 61 baru saya tahu apa itu Doa Haikal.

Doa Haikal ialah sejenis doa yang menggabungkan beberapa ayat-ayat al-Quran seperti berikut:

Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255)
Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4
Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Ketujuh-tujuh ayat al-Quran itu dimulakan dengan frasa:
"U'idzu nafsi bilaahil'aliyil'azhim" yang bermaksud "" Aku mohon perlindungan kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar"

#Ada satu versi tambahan doa lagi sehingga 9 haikal kesemuanya

Fadilat Doa Haikal :

Isnad Doa Haikal :

"Inilah khasiat fadhilat doa haikal yakni tujuh doa dari nombor satu sampai nombor tujuh dan sampai 'Qul a'uzu bi rabbi nas', bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita duduk di dalam Masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman.

"Ya Rasulullah salamullah Taala kepada tuan hamba dan firman-Nya : Hai kekasihku adapun doa haikal yakni tujuh doa ini dihantarkan Tuhan kepada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia. Dan barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah akan melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

"Ya Muhammad, barangsiapa menaruh doa ini dalam rumahnya, makan tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.

"Ya Muhammad, barangsiapa suratkan (tuliskan) dia ini dan dipakai diperbuat tangkala nescaya terlepaslah dia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk dalam aman.

"Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah dia pada orang banyak. Dan ketika hendak matipun tiadalah ia merasa azab sakaratulmaut itu makan dengan mudahnya sahaja nyawa itu keluar.

"Barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 ribu kali khatam Quran ,70 ribu mati syahid, 70 ribu dua kali naik haji
.
"Dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 ribu masjid, seperti merdekakan 70 orang ribu hamba, menjamu 70 orang ribu orang berbuka puasa, mendapat pahala 70 ribu orang hafaz Quran, beroleh kebajikan kemenangan 70 orang ribu perang syahid, pahala 70 ribu orang alim,  70 ribu abid, 70 ribu malaikat, 70 ribu orang yang berakal, 70 ribu nabi dan beroleh kekayaan dan kebesarab Jibrail, Mikail Israfil Izrail a.s.

"Ya Muhammad, barangsiapa yang menaruh maka dengan berkatnya terlepas ia daripada segala yang membuat fitnah dan luputlah ia daripasa sekalian bala dan jika ada ia berhutang nescaya terlepas ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya binasalah.

"Syahdan pada sekali peristiwa ada seorang yang terkena tohmahan mencuri di negeri Baghdad makan dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh diatasnya.
"Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia tiada luka dan diselamkan ia ke dalam air tiada lemas. Kemudian dibakar akan dia itupun tiada terbakar. Makan apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian lalu ditanyai oleh hakim apalah amalanmu yang suatu perkara tiada apa boleh memberi cedera kepadamu.
"Maka sahut pencuri itu ada di kepada hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tidak dapat menghampiri hamba.
"Maka apabila didengarnya oleh hakim akan perkataan pencuri itu lalu dibawanya mengadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu maka dikurniai oleh baginda akan dia beberapa banyak harta. Setelah itu maka dilepaskannya. Makan fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan di taruh padanya.
"Adapun khasit doa haikal ini terlalu banyak, kadar diambil ringkasnya. Tiadalah syak lagi barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir!"

Allahuakbar, Subhanallah, MasyaAllah

No comments:

Post a Comment