Tuesday, May 13, 2014

Dajal sudah pun ada

Selesai solat berjemaah, Rasulullah bersabda :
 “Hendaklah semua orang tetap berada di tempat solatnya”.
 Kemudian Baginda bertanya: 
“Tahukah kenapa aku kumpulkan kamu?” 
Para sahabat menjawab:
 “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”

Rasulullah bersabda:
“Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kamu bukanlah untuk suatu khabar gembira atau khabar buruk. Aku mengumpulkan kamu kerana Tamim al-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani kini telah memeluk Islam dan berbaiah kepadaku. Dia memberitahu sesuatu yang pernah aku kata kan kepadamu tentang Dajal. Diaa mengisahkan perjalanan belayarnya bersama 30 orang daripada kabilah Lakham dan Judzam. Kemudian kapal mereka terumbang-ambing dipukul ombak besar selama satu bulan. Akhirnya, mereka terdampar si sebuah pulau.  Disitu mereka bertemu seekor binatang yang berbulu lebat.

Mereka berkata, “Kamu ini binatang dari jenis apa?”
Ia menjawab.Aku al-jassasah.”
Mereka bertanya, “Apakah al-jassasah?”
Tanpa menjawab soalan mereka, ia berkata : 
“Wahai manusia! Lihatlah seorang lelaki yang berada di rumah terpencil itu. Sesunggguhnya dia sangat ingin mendengar maklumat daripada kalian!” Lalu kami memasuki rumah tersebut. Terdapat seorang manusia yang berbadan besar terikat kejap. Kedua-dua tangannya terikat ke bahunya, serta antara dua lutut dan kedua-dua mata kakinya terbelenggu dengan besi.”

Kami berkata, “Siapakah kamu?”
Lelaki asing itu menjawab ,  “Takdir telah menentukan bahawa kamu akan menyampaikan maklumat kepada ku, maka khabarkanlah siapakah kamu ini?”
Lalu kami menjelaskan tragedi yang menimpa. 
Lelaki itu bertanya lagi,
 "Beritahu saya tentang pohon-pohon kurma yang terdapat dalam daerah Baisan?”
“Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
“Adakah pohon-pohon kurma itu berbuah?”
“Ya”

Lelaki asing itu berkata “Adapun pohon-pohon kurma itu maka hamper sahaja tidak berbuah lagi. Beritahu kepadaku tentang tasik Tiberia”.
“Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
Dia bertanya. “Adakah ia masih terus berair?”
“Airnya masih banyak”
Dia berkata, “Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis. Beritahu kepada saya tentang mata air Zugar”
“Apakah yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
“Apakah di sana masiha ada air dan penduduk di sana masih bercucuk tanam dengan mengambil air dari mata air Zugar?”
“Benar, ia berair banyak dan penduduknya bercucuk tanam dari mata air itu”.
Lalu ia berkata lagi, “Beritahu kepadaku tentang nabi yang ummi , apa yang dia lakukan?”
“Dia telah keluar dari Makkah dan menetap di Madinah”
Lalu dia bertanya , “Apakah nabi itu diperangi oleh orang Arab?”
“Ya”
Dia bertanya , “Apakah yang dia lakukan terhadap mereka?”
Maka kami memberitahu bahawa nabi itu telah mengalahkan orang Arab yang bersama dengannya dan kini mereka mentaatinya,
Lalu dia bertanya lagi, “Apakah itu semua telah berlaku?”
“Ya”

Dia berkata, “Sesungguhnya lebih baik mereka mentaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kamu tentang diriku. Aku al-Masih Dajal, dan sesungguhnya aku hampir-hampir dibernarkan untuk keluar.
“Aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam masa 40 malam selain Makkah dan Tayyibah (Madinah). Dua negeri itu terlarang bagiku.

“Setiap kali aku ingin memasuki salah satu dari negeri itu maka aku dihalang oleh malaikat yang ditangannya ada pedang berkilah dan sangat tajam untuk menghambatku dari kedua-dua negeri tersebut. Di setiap jalan-jalan yang ada di kota Madinah terdapat malaikat yang menjaganya.”

Rasulullah bersabda sambil menghentakkan tongkat Baginda di atas mimbar. “Inilah Tayyibah! Inilah Tayyibah! Inilah Tayyibah! (maksudnya kota Madinah). Bukankah aku sudah menyampaikan kepada kamu tentang hal ini?”

Para sahabat menjawab, “Benar.”

Petikan di dalam Majalah Solusi buat Muslim.

No comments:

Post a Comment