Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

16 Mei adalah tarikh memperingati jasa guru yang selama ini mengajar dan berkongsi ilmu. Dalam radio IKIM fm, saya terdengar seorang ustaz ini berkata. "Apabila kita mati, ada tiga (3) amalan sahaja yang tinggal. Amalan, sedekah dan doa. Ketiga-tiga ini ada pada seorang guru. Dimana seorang guru mengamalkan ilmu itu dengan berkongsi dan mengajar pelajar dan mendoakan kejayaan pelajar sehingga ke menara gading." Subhanallah

Imam Hanafi dikenali Imam Abu Hanifah juga. Imam Abu Hanifah berkata bahawa beliau pernah berguru dengan seorang manusia iaitu orang Yahudi. Beliau menganggap begitu kerana orang Yahudi ini telah mengajar beliau mengenai anjing.

Menurut Imam Abu Hanifah,suatu hari dia hendak mengetahui bilakan masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki Yahudi itu banyak memelihara anjing, lalu beliau bertanyakan hal itu.

"Lelaki itu memberitahu saya seekor anjing itu cukup umurnya apabila sudah kencing berdiri. Sesiapa sahaja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya. lelaki itu mengajar saya satu ilmu mengenai anjing kerana itu saya menganggap dia juga salah seorang guru saya," kata Imam Abu Hanifah.

Dalam ceramah ustaz di ikim fm, ustaz itu juga menyebut mengenai Imam Syafie. Di mana halnya sama dengan Imam Abu Hanifah iaitu mempelajari soal anjing. Setelah di ajar pada Imam Syafie, lalu Imam Syafie terus memeluk lelaki Yahudi itu sebagai ucapan terima kasih.


No comments:

Post a Comment