Friday, May 16, 2014

Debat Perdana Imam Hanafi dan Dahri

Di Masjid Kufah, selepas sembahyang subuh , Imam Hammad bin Abi Sulaiman Asyaari mengadakan kuliah subuhnya. Turut hadir dalam majlis itu adalah Imam Abu Hanifah. Sedang majlis berlangsung tiba-tiba datang seorang utusan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Utusan itu memberitahu Imam Hammad, Khalifah Yazid dalam keadaan berdukacita akibat kedatangan seorang lelaki bernama Dahri. Lelaki itu memalukan khalifah dengan mencabar semua ulama di Baghdad berdebat tetapi tiada sesiapa dapat mengalahkannya.  Oleh itu, Khalifah Yazid memerintahkan utusan itu untuk mencari seorang ulama yang paling alim serta tinggi ilmunya iaitu Imam Hammad.

Lelaki itu dihantar oleh Maharaja Rom. Seandainya di tangkap dan bunuh lelaki itu akan berlaku peperangan dengan Rom. Tambahan ini melibatkan maruah umat Islam.

Akhirnya Imam Hammad bersetuju pergi ke Baghdad ditemani Imam Abu Hanifah dan beberapa orang murid yang paling dipercayainya. Menurut Khalifah Yazid, seluruh ulama di Baghdad dikalahkan oleh Dahri dengan pertanyaan-pertanyaan yang sukar dijawab. Antaranya adakah benar Allah itu wujud? Sekiranya wujud, di mana tempatnya? Banyak lagi soalan mengenai Tuhan yang sukar hendak dijawab.
Imam Hammad berasa susah hati dan bibir tidak lekang zikir sambil berdoa semoga diberi petunjuk bagi menghadapi masalah yang sedang melanda umat Islam itu. Imam Hammad mendapat satu mimpi dan Imam Abu Hanifah mentafsir mimpi itu. Beliau dikurniakan kelebihan mentafsir mimpi. Maksud mimpi Imam Hammad itu adalah Imam Abu Hanifah yang boleh berdebat dalam hal ini.

Pada hari yang ditetapkan, orang ramai berkumpul di Majis Jamek kota Baghdad bagi mendengar perdebatan itu.Khalifah Yazid juga turut hadir.

Seperti majlis debat sebelumnya, Dahri yang mula-mula bangun lalu naik ke atas mimbar masjid kemudian berucap dengan suara yang tinggi. “Mereka menuduh aku orang yang tidak mempunyai pegangan agama kerana tidak percaya wujudnya tuhan. Memang benar aku tidak beragama dan tidak percaya wujudnya tuhan. Kerana itu aku mencabar ulama-ulama yang mengau taat kepada agama dan yakin wujudnya tuhan supaya berdebat dengan aku. Dahri yang bijaksana!”

Abu Hanifah bangn lalu berkata, “ Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu jawapannya pasti dapat menjawab soalan-soalan kamu itu.”

Suara Ima Abu Hanifah itu memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam kearah anak muda itu.

“Anak muda yang masih hingusan! Jangan masuk campur urusan orang tua-tua. Aku sedang mencabar ulama di sini supaya berdebat dengan aku. Sudah 40 orang ulama aku tewaskan, dan aku akan terus mencabar selagi semua ulama di Baghdad ini tidak tunduk kepada aku.” Tempelek Dahri sambil bercekak pinggang.
“Wahai Dahri yang sombong kerana tidak mempercayai tuhan. Hari ini saya yang akan mencabar kamu. Dengan izin Allah saya akan menjawab semua soalan kamu !” kata Imam Abu Hanifah
……..
“Soalan pertama aku wahai anak muda, benarkah Allah ini wujud?” soal Dahri memulakan majlis dialognya.
“Sesungguhnya Allah itu memang wujud.” Tegas Imam Hanifah

“Sekiranya benar Allah itu wujud, bila dia dilahirkan?” Tanya Dahri lagi sambil tersenyum.
“Alah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama dan terakhir, tidak sesuatu sebelumnya dan tidak ada sesuatu sesudahnya”, jawab Imam Abu Hanifah.

“Mustahil tidak ada yang mendahuluinya dan tidak ada kemudian darinya. Buktikan contohnya kepada aku,” balas Dahri.

Imam Abu Hanifah menunjukkan lima jari tapak tangannya lalu berkata, “Cuba kamu lihat ibu jari ini. Adakah ada jari sebelumnya? Cuba lihat pula jari kelingkingku ini. Adakah lain selepasnya? Sekiranya jari ini tuhan boleh buat begitu, apatah lagi dirinya”
“Sekiranya begitu , pada tahun berapa tuhan dilahirkan?” Tanya Dahri lagi.

“Seperti yang saya kata kan tadi, Allah itu tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Allah itu wujud sebelum wujudnya sesuatu. Sebelum masa dan tarikh dicipta Allah itu terlebih dahulu wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh,” jawab Imam Abu Hanifah.
“Berikan buktinya..” pinta Dahri.

“Adakah kamu tahu ilmu mengira?” Tanya Imam Abu Hanifah pula.
“Sejak kecil lagi aku sudah mengenal angka,” jawab Dahri.
“Apakah angka sebelum nombor satu?”
“Kosong atau tiada….”
“Sekiranya angka satu itu tidak ada angka sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah maha satu itu tidak ada yang mendahuluinya?”

Dahri terkesima kerana tidak menyangka anak muda yang disangkanya masih mentah itu dapat mematahkan hujahnya, namun dia tidak mahu mengalah lalu terus bertanya, “kata kamu, Allah itu wujud. Sekiranya begitu di manakah tuhan kamu itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”

“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” jelas Imam Abu Hanifah.

“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah. Manusia wujud tempatnya di atas bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Stiap yang wujud pasti bertempat,” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

“Jawapannya mudah sahaja. Cuba kamu lihat dirimu sendiri. Bukankah kamu ada nyawa…..” kata Imam Abu Hanifah.

“Dalam tubuhku ini memang ada nyawa. Bahkan setiap makhluk yang hidup pasti asa nyawa!” sahut Dahri.
“Adakah kamu tahu di manakah letaknya nyawa atau roh itu? Di kepala kamukah, diperut kamukah ataupun adakah di hujung tapak kakimu?” balas Imam Abu Hanifah.

Dahri tersentak mendengarnya. Dia tidak menyangka anak muda itu begitu pintar sedangkan sebelum iru tidak ada ulama yang dapat menjawabnya. Orang ramai mula berbisik-bisik sesame mereka.
“Daahri, sekiranya kamu masih belum jelas, saya mahu jelaskan. Sekarang berikan saya segelas susu,” pinta Imam Abu Hanifah.
Selepas diberikan segelas susu, Imam Abu Hanifah menunjukkannya kepada Dahri lalu bertanya, “Adakah kamu percaya dalam susu ini mengandungi lemak?”
“Aku percaya…” jawab Dahri.

“Tunjukkan kepada aku di manakah lemak itu berada? Di bahagian ataskah, di bahagian tengahkah ataupun di bahagian bawah?” Tanya Imam Abu Hanifah.

Sekali lagi Dahri tersentak lalu menggaru-garu kepalanya kerana dia tidak dapat menjawab pertanyaan itu. Melihat keadaan itu, Imam Abu Hanifah pun berkata, “Bagi mencari dimanakah letaknya lemak dalam air susu ini pun kita tidak mampu dan bagi mengetahui di mana letaknya roh dalam diri kita tidak tahu, inikan pula mencari di mana letaknya Zat Allah.”

Dahri terpaku, mukanya merah kerana berasa malu. Namun dia berusaha mengawal dirinya. Apabila keadaan agak reda dia mengemukakan soalan seterusnya. “Hai anak muda, beritahu aku apakah yang wujud sebelum Allah  dan apa pula yang muncul selepasnya?” Tanya Dahri.

Orang ramai menumpukan perhatian pada Imam Abu Hanifah.

“Jawapannya sama seperti mula-mula tadi. Tidak ada suatu pun wujud sebelum Allah dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepasnya. Allah tetap qadim dan azali. Dialah yang awal dan dialah yang akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tetap padat.

“Mustahil Tuhan wujud tanpa ada permulaannya dan lebih mustahil tidak ada lagi selepasnya. Apa hujahnya?” Dahri cuba berdalih dengan menggunakan logic akalnya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kamu lihat pada ibu jari kamu itu. Jari apakah yang kamu nampak berada sebelum jari ini?” sambil menunding ibu jari ke langit.

Beberapa hadirin turut berbuat demikian.
“Pada jari kelingking kamu itu,, apakah ada jari yang selepasnya?” sambung Imam Abu Hanifah.
Dahri terdiam. Imam Abu Hanifah terus berhujah, “Sekiranya pada jari kita yang kecil ini pun tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat yang maha agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahuluinya dan tiada sesuatu yang kemudian selepasnya.”

“Kata-kata Allah dalam surah al-Hadid ayat 3 yang bermaksud, “Dialah awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”

“Anak muda, banyak lagi soalan yang aku mahu kemukan. Tetapi sebelum itu aku hendak bertanya dengan siapa kamu berguru?” Tanya Dahri kerana kagum dengan kehebatan lawannya itu.
“Guruku adalah Imam Hammad. Dia turut berada dalam majlis ini sedang mengikuti perdebatan kita. Sekiranya saya anak muridnya kamu tidak dapat kalahkan , apatah lagi guru saya Imam Hammad”, jawab Imam Abu Hanifah.

Dahri mula rasa gentar kerana anak muda itu bukan calang-calang orang bagi dilawan berdebat. Itu baru anak muridnya, belum lagi gurunya. Namun Dahri tetap tidak mahu mengalah.
“Beritahu aku keadaan zat Tuhanmu, apakah ia keras dan padat seperti besi , ataupun cair seperti air ataupun berwap seperti udara?” Tanya Dahri lagi.

“Pernahkah kamu melihat orang sakit yang akan meninggal?” Tanya Imam Abu Hanifah pula.
“Selalunya aku melihatnya.”, jawab Dahri.
“Sebelum meninggal dunia , pesakit itu masih boleh bercakap serta menggerak-gerakkan anggotanya. Tetapi apabila meninggal dunia, dia diam kaku dan bisu. Mengapa jadi begitu?” Tanya Imam Abu Hanifah pula.
“Kerana roh meninggalkan tubuhnya ataupun nyawanya sudah hilang,” jawab Dahri.

“Apakah kamu melihat roh itu keluar kerana ia bukan benda padat seperti besi ataupun cair seperti air ataupun menguap seperti udara? Betul?” Tanya Imam Abu Hanifah.
“Entahlah, aku tidak pasti,” kata Dahri

“Sekiranya kita tidak mengetahui bagaimana bentuk roh itu, bagaimana kita hendak mengetahui zat Allah?”
“Ke arah manakah Allah sekarang sedang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai wajah dan arah tempat menghadap,” Tanya Dahri.

“Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, kearah manakah sinar lampu itu menghadap?”
“Sinar lampu itu pasti menghadap ke seluruh arah dan penjuru.”
“Sekiranya demikian halnya dengan lampu yang Cuma buatan manusia, bagaimana dengan Allah pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi.”

“Kamu percaya adanya syurga?” Tanya Abu Hanifah.
“Benarkah dalam syurga itu disediakan pelbahai jenis makanan dan minuman? Tetapi penghuninya penghuninya tidak membuang air besar dan kecil. Bukankah itu Cuma khayalan?”
“Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama Sembilan bulan? Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pernah buang air kecil dan besar. Itu baru dalam kandungan perut ibu? Bagaimana pula sekiranya di dalam syurga?”

Namun Dahri masih tidak berputus asa mahu mengalahkan anak muda yang memalukannya itu. Dia memandang kea rah khalifah Yazid yang tersenyum. Sebelum itu wajah khalifah turut bermuram durja apabila para ulama tidak dapat berhujah dengan Dahri. Dahri berfikir seketika, mencari jalan bagi mengalahkan lawannya.

“Ini soalan aku tang terakhir. Aku yakin kamu tidak tag apa jawapannya,” kata Daahri sambil bercekak pinggang. Dia sengaja mengeraskan suaranya bagi menghilangkan rasa malu.
“Dengan izin tuhan saya pasti menjawabnya…,” balas Imam Abu Hanifah.
“Anak muda yang masih mentah, beritahu aku apa yang sedang dilakukan oleh Tuhan kamu ketika ini?” soalan Dahri yang terakhir itu membuat Imam Abu Hanifah terseyum riang. Dia seperti menduga soalan itu yang akan ditanyakan lawannya.

“Soalan yang terakhir itu sangat menarik. Ia menentukan siapa yang kalah dan siapa yang menang. Kerana soalan itu penting, saya perlu menjawabnya dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang. Kerana itu marilah kita bertukat tempat. Kamu turun ke bawah dan saya naik ke atas mimbar supaya suara saya jelas kedengaran,” kata Imam Abu Hanifah.

“Baiklah, dengan senang hati aku turun ke bawah dan kamu boleh mengambil tempat aku di atas mimbar,” kata Dahri yang berasa yakin beroleh kemenangan.

Imam Abu Hanifah berdiri di atas mimbar lalu menghadap kea rah orang ramai lalu berkata dengan suara yang lantang, “Wahai sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah yang sekarang ini adalah menjatuhkan yang batik sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar , diturunkan Allah ke bawah mimbar. Allah juga menaikkan yang hak sebagaimana saya, yang berada di bawah sana, dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini.”

Maka bergemalah takbir daripada orang ramai. Mereka memuji kewibawaan Imam Abu Hanifah yang Berjaya menyelamatkan maruah umat Islam daripada lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Dahri pula terpaksa mengaku kalah lalu pulang ke negaranya denga penuh kehinaan.

Kemudian, Imam Abu Hanifah meneruskan menuntut ilmu dengan Imam Hammad.


No comments:

Post a Comment