Tuesday, May 13, 2014

Hadiah Ubat Kasih



Amalan memberi hadiah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Pemberian hadiah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan akan mewujudkan kesempurnaan untuk meraih cinta, kasih sayang dan kesatuan hati. Hadiah yang diberikan bukti betapa bersihnya hati lalu melahirkan rasa cinta dan menguatkan kecintaan terhadap seseorang.

Jika melihat hadiah-hadiah yang telah kita terima semasa sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan atau apa-apa juga sebab hadiah itu diberikan, nescaya ingatan kita terhadap pemberi hadiah itu akan bertambah terkesan di hati.

Keadaan ini bertepatan dengan sabda Rasulullah :
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai “
(Riwayat al-Bukhari)


Pemberian hadiah yang baik, dan penuh keikhlasan akan melahirkan umat yang saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Matlamat Islam menggalakkan pemberian hadiah adalah untuk meningkatkan silaturahim antara umat Islam.

Petikan dari Majalah Solusi Isu 61

No comments:

Post a Comment